'Ooooh Ooooh Ooooh Welcome Tan Sri Teh.
Cheering loudly for Tan Sri Teh
Man Of Honour, The Living Legend ...'
Adeeh la. Nak ketawa berguling-guling atas lantai melihat video klip sambutan ke 45 Ulangtahun Public Bank. Gila tak gila kakitangan dan pihak pengurusan Public Bank Berhad menyambut kedatangan 'founder Public Bank Berhad' Tan Sri Teh Hong Piow, di dalam majlis sambutan ulangtahun berkenaan. Beliau diarak seperti pembesar dan Raja-Raja di atas '4WD truck', diiringi dengan pasukan polis trafik dengan sambutan gilang gemilang.
Adalah satu momokan dan pembaziran bagi sebuah Bank yang beberapa kali memenangi Anugerah 'Corporate Governance'. Bolehkah seorang tokoh korporat diringi oleh pegawai polis trafik? Bukankah polis trafik hanya terhad kepada Sultan-Sultan dan upacara rasmi Kerajaan semata-mata? Tan Sri Teh bertaraf Sultan kah? Mungkin sambutan yang dijalankan turut membabitkan wang kita sebagai penyimpan di Public Bank Berhad? Tak tahulah saya sama ada Dato Ibrahim Ali dari PERKASA akan mengamuk melihat video klip orang Melayu mengkagumi seorang tokoh berbangsa Cina. Apapun mata pasti teruja dengan dua China Doll yang berbaju seksi yang berada di belakang Tan Sri Teh.
Kalau begini sambutan Ulangtahun ke 45, bagaimana pulak agaknya sambutan Ulang Tahun Ke 50?
No comments:
Post a Comment