Thursday, 25 August 2011

Bruno Mars - The Lazy Song [Official Video]


Simple Video Clip but nice...

Nanu Baharuddin Dan Anjingnya

Nanu Baharuddin bukan merupakan nama asing, pelakon filem yang terkenal dengan watak pembantu di dalam lewat 80an dan awal 90an. Bekas pengacara Bersamamu di TV3 dan namanya melonjak naik apabila memegang watak Qistina dalam drama TV3 Spa Q.

Namun inilah hakikat artis Malaysia. Iman dan taqwa entah ke mana. Islam hanya pada nama dan agama pada kad pengenalan. Yang mana hak dan yang mana bathil sudah tidak dapat dibezakan. Banyak-banyak binatang peliharaan (pet) yang boleh dijadikan kawan, anjing juga yang dipilih oleh beliau dan keluarganya. Tak perlulah saya bersyarah hukum hakam memegang dan memelihara anjing di rumah sebagai binatang peliharaan. Tuan-tuan dan puan-puan lebih arif. 


Nauzubillah himinzalik.







Monday, 22 August 2011

How it was: Guinness ad in Malay,with Malay actors...

Beer baik Untuk Kesihatan

This was sent me with the following note:

Someone found this in the library at Ohio University. It is in a program booklet of KGMMB (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat)'s AGM 1968, and this advertisement appeared on p.2, side by side with the message from the then Deputy Prime Minister. How different it was in those days.

Saturday, 20 August 2011

'Woot' is officially a thing, according to Oxford English Dictionary


August marks the 100th anniversary of the Concise Oxford English Dictionary (COED), the smaller but most widely recognized derivative of the official Oxford English Dictionary, or OED. To celebrate, the lexicon published its 12th edition today that adds more than 400 new entries--many of which reflect the technological pervasiveness of modern society, like "woot," "mankini," and "jeggings."

COED Editor Angus Stevenson heads up a small team at the Oxford University Press's academic cabinet tasked with choosing the next words for inclusion, and the process involves keying popular words into a database that shows frequency of use in print and online.

Since publishing its first edition back in 1911, the COED's evolution shows the tremendous effects of social media and instant-access technology on language, creating new words but also modifying existing definitions of words like "follower."

What once meant "a person who imitates or copies" now earns a second and more widely used meaning: "someone who is tracking a particular person, group, etc., on a social networking site." Another example that's a little unsettling is the general term "friend" that loses gravity in its new form: "a contact on a social networking Web site."

On a less serious note, the word "cougar" also comes to mind...

Unsurprisingly, the new dictionary also includes a handful of colloquial slang terms that may seem better suited for the Urban Dictionary, words like:

  • mankini (pl. mankinis): A brief one-piece bathing garment for men, with a T-back

  • retweet: To repost or forward (on the social networking site Twitter)

  • woot: used to express elation, enthusiasm, or triumph (especially in electronic communication)

  • noob(pretty sure this is supposed to have two zeros in it): a person who is inexperienced in a particular sphere or activity, especially computing or the use of the Internet

And finally, my personal favorite is "jeggings," or "tight-fitting stretch trousers for men," although the entry gives no credit to Conan O'Brien for his unapologetic catwalk last year.


Everyone Is Above Average These Days

Grade inflation in an infographic:




From C's to A's



Thursday, 18 August 2011

Jadikan Bentong Bandar Satelit

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@Utusan.com.my




BENTONG 17 Ogos - Kerajaan Pahang disaran melakukan kajian bagi mewujudkan sebuah bandar baharu atau bandar satelit di daerah ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tujuan mewujudkan bandar satelit itu bagi mengurangkan tekanan penduduk terutama di bandar ini yang berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas.

"Penduduk daerah ini terutama yang tinggal di bandar bukan sahaja terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan, tetapi pada hari-hari biasa dan hujung minggu.

"Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesesakan yang berlaku semasa dalam perjalanan ke program ini, namun bernasib baik ada polis membantu dan akhirnya berjaya sampai pada waktu yang dijanjikan," titah baginda.

Tengku Mahkota bertitah demikian pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik di pekarangan Masjid Daerah Bentong di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong.

Tengku Abdullah bertitah, kajian jangka panjang yang sistematik perlu dijalankan bagi membina bandar satelit supaya dapat memberikan keselesaan kepada penduduk kawasan ini.

Dalam perkembangan sama, baginda bertitah, lokasi bandar Bentong yang begitu hampir dengan Kuala Lumpur perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutama daripada segi pembangunan infrastruktur.

Titah baginda, kedudukannya yang strategik itu mampu menjana lebih banyak pembangunan di kawasan sekitar, sekali gus memberi impak positif kepada rakyat.

Baginda yakin kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan dan menjaga kepentingan rakyat negeri ini supaya terus terjamin dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan jalan berkembar dari Lipis ke Bentong.

"Apa yang diharapkan ialah rakyat negeri ini bersyukur dengan pembangunan yang ada," titah baginda.

Murid Melayu Islam: “Ya, saya tahu Nabi Isa sayangkan saya...”

Oleh ZAINI HASSAN



PENDEDAHAN yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.

Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.

Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.

Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

“Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?

“Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”

Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.

Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.

Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.

Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.

Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.
Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.

“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.

“Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”

Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?
“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.

“Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...”

“Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”


Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.

Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

“Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”

Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.

Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.


Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.

Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.

Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.

Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.

Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.

Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?

Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.

Pas, kini bukan Pas dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. Pas kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.
Saya pernah syorkan UMNO menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.

Jika Pas sudah gagal, maka UMNO sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha UMNO melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.

Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:

‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.

“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.
“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”

Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...?


Utusan Malaysia Online - Rencana

Tuesday, 16 August 2011

Malaysia's Latest Religious Cult : Public Bank TS Teh


'Ooooh Ooooh Ooooh Welcome Tan Sri Teh.
Cheering loudly for Tan Sri Teh
Man Of Honour, The Living Legend ...'

Adeeh la. Nak ketawa berguling-guling atas lantai melihat video klip sambutan ke 45 Ulangtahun Public Bank. Gila tak gila kakitangan dan pihak pengurusan Public Bank Berhad menyambut kedatangan 'founder Public Bank Berhad' Tan Sri Teh Hong Piow, di dalam majlis sambutan ulangtahun berkenaan. Beliau diarak seperti pembesar dan Raja-Raja di atas '4WD truck', diiringi dengan pasukan polis trafik dengan sambutan gilang gemilang.

Adalah satu momokan dan pembaziran bagi sebuah Bank yang beberapa kali memenangi Anugerah 'Corporate Governance'. Bolehkah seorang tokoh korporat diringi oleh pegawai polis trafik? Bukankah polis trafik hanya terhad kepada Sultan-Sultan dan upacara rasmi Kerajaan semata-mata? Tan Sri Teh bertaraf Sultan kah? Mungkin sambutan yang dijalankan turut membabitkan wang kita sebagai penyimpan di Public Bank Berhad? Tak tahulah saya sama ada Dato Ibrahim Ali dari PERKASA akan mengamuk melihat video klip orang Melayu mengkagumi seorang tokoh berbangsa Cina. Apapun mata pasti teruja dengan dua China Doll yang berbaju seksi yang berada di belakang Tan Sri Teh.

Kalau begini sambutan Ulangtahun ke 45, bagaimana pulak agaknya sambutan Ulang Tahun Ke 50?

Monday, 15 August 2011

UMNO - Lebih memberi masalah dari menyelesaikannya

by

14 August 2011

Proses kemusnahan sesebuah sistem politik negara itu selalunya tidak di sedari oleh mana-mana pemimpin yang tidak memberikan fokus kepada menilai kepimpinan masing-masing. Kehilangan fokus ini selalunya adalah di sebabkan campur aduk politik peribadi dengan disaluti oleh elemen-elemen yang lain seperti keinginan untuk memperkayakan diri dan keluarga serta lebih mementingkan usaha untuk memupuk ‘legendary’ masing-masing.

Di dalam keghairahan untuk mementingkan keuntungan peribadi ini maka segala nilai-nilai murni dalam sesuatu sistem politik itu akan secara beransur-ansur luntur dan akan wujud krisis keyakinan yang merbahayakan negara dan rakyat.

Najib sedang menghadapi masalah yang sama, iaitu masalah mewarisi pusaka kepimpinan yang sudah tersedia lemah dan ternoda. Najib sendiri merupakan seorang ‘untested leader’ kerana beliau naik ketahap tertinggi parti dan negara kerana permainan ‘play save’ dan tidak pernah bertanding mana-mana jawatan yang beliau pegang. Lagi pun beliau adalah pemimpin yang wujud melalui pengaruh keluarga sebagai anak bekas Perdana Menteri.

Sehingga beliau duduk di kerusi PM ini, beliau tidak pernah dicabar dan tercabar dan beliau hanya mendapat segala-galanya melalui pengaruh Tun Razak itu sahaja. Itulah sebabnya beliau hanya menyelesaikan masalah politik negara dengan sentimen tanpa ‘idea’ yang bernas untuk menyelesaikan masalah secara politik yang baik dan ‘conclusive’.

Beliau menyelesaikan masalah dengan membeli sokongan tetapi beliau membelinya dengan premis politik yang salah. Palanivel dilantik menjadi ahli jemaah Kabinet semata-mata kerana hendak memujuk kaum India bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Tindakan Najib hanya menumpukan untuk undi pilihanraya tanpa memikirkan consequence yang akan timbul dari tindakan beliau itu.

Najib adalah seorang ‘elected representative’ tetapi beliau di kerumuni oleh ‘rejected representative’. Dengan perlantikan Palanivel di dalam Kabinet Najib telah menambah seorang lagi Menteri yang mewakili ‘rejected rep’ ini. Sharizat Jalil dilantik di dalam Kabinet walaupun beliau dikalahkan oleh Nurul Izzah Anwar dan Koh Tsu Koon yang tertewas dengan majoriti yang besar di Batu Kawan telah dilantik ke dalam Kabinet.

Melantik Palanivel itu ialah untuk mendapatkan sokongan kaum India yang telah berpecah mengambil tempat di dalam parti-parti lain samada dalam parti Kerajaan atau parti pembangkang. Wakil mereka di Parlimen sudah ramai walaupun kaum India hanya kaum yang kecil di dalam negara ini. Kaum India merupakan kaum yang saya hormati di dalam politik kerana mereka membina kepimpinan mereka di dalam banyak parti.

Tetapi MCA yang sekarang ini masih mempunyai 15 ahli Parlimen tidak pula diwakili dalam Kabinet oleh Presidennya Chua Soi Lek. Raja Nong Chik dan beberapa orang yang lain yang tidak pernah dipilih oleh rakyat dijadikan Menteri Kabinet. Jawatan Menteri itu di jadikan sebagai umpan untuk mendapat sokongan dari pihak dan kumpulan tertentu dan perlantikan mereka bukan di dasarkan kepada kebolehan dan disokong rakyat yang ramai.

Kita sudah tidak terkejut jika ada lagi individu yang di anggap penting untuk menampal yang koyak dan menyambung yang putus akan dilantik menjadi Menteri.

Janji Najib untuk mengecilkan saiz kabinet setelah Pak Lah melantik 32 orang ahli jemaah kabinet dahulu hanya tinggal janji. Akhirnya beliau telah melantik 41 orang ahli kabinet (termasuk duta yang bertaraf Menteri) dan ini merupakan rekod dalam sejarah negara sebagai barisan kabinet yang paling besar. Amerika Syarikat yang merupakan 52 kali ganda besar keluasan negaranya dari Semenanjung Malaysia dan 12 kali ganda jumlah penduduknya hanya mempunyai 21 orang ahli kabinet mereka.Perlu diingat Amerika Syarikat adalah negara demokrasi dan ekonomi terbesar dunia dan negara itu tidak memerlukan 40 orang Jemaah Kabinet.

Sebagai sebuah kerajaan kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terlalu rendah sahsiahnya. Sahsiah seseorang itu selalunya terbentuk dari didikan yang diterima mereka dari guru-guru dan ibu bapa mereka. Sekarang kita hari-hari mendengar kata-kata yang tidak bermoral dan sahsiah dari penyokong-penyokong kerajaan dengan menggunakan kata-kata kesat apabila ada pihak yang berpandangan politik tidak sehaluan.

Bagi mereka, UMNO sahaja parti yang semua umat mesti sokong. Jika tidak mereka (penyokong UMNO) tidak gemar dengan orang lain mereka akan menggunakan istilah kotor seperti anjing, babi celaka dan sebagainya. Bagi mereka ini tidak mahu mendengar perkara yang tidak sedap. Mereka hanya mahukan pujian dan dukungan tetapi mereka tidak menjaga sahsiah diri dan politik mereka. Kelaukuan mereka memalukan dan diperhatikan oleh rakyat secara terangan.

Kalau dikaji dari sejarah yang lampau jika pihak yang berkuasa dan penyokongnya sudah mengambil jalan singkat untuk menistakan orang lain secara peribadi, selalunya itu merupakan tanda-tanda pemerintah atau ulil amri itu akan tumbang dan dimamah sejarah akhirnya.

Dalam pada parti pemerintah sedang bergelut untuk ‘survival’nya penyokong-penyokongnya pula begitu ghairah memaki hamun dan menghina pihak lain yang juga mempunyai komitmen untuk mencari kebenaran. Masing-masing sekarang sedang dalam proses pencarian dan masing-masing ada hak untuk menentukan sikap dan pendirian masing-masing. Kebenaran kepada kita tidak semestinya benar bagi orang lain.

Sikap ini menjadikan rakyat dan orang ramai menjadi jemu dan bosan dengan maki hamun seperti ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah tidak lagi menjadi relevan kepada banyak pihak. Orang ramai sudah tidak lagi percaya kepada usaha memomokan pihak lain dengan menghangatkan isu rasis yang akan merbahayakan negara. Anak-anak muda yang berbilang kaum yang sudh mendapat pendedahan kehidupan sudah tidak meminati mana-mana pihak yang memainkan isu perkauman yang menebal.

Kebanyakan dari penyokong pihak parti pemerintah tidak mampu membahaskan isu secara realistik maka mereka memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang mereka tidak bersetuju. Mereka seolah-olah memaksa semua orang mengikuti mereka tetapi mereka tidak menunjukan sahsiah yang boleh diikuti. Rakyat mahu hidup aman damai dan tidak mahu mengikut mereka yang mencemuh dan mempunyai mentaliti samseng yang tidak mempunyai sifat malu.

Orang ramai ini bukannya sekumpulan haiwan tambatan yang boleh di arah kehulur kehilir mengikut kehendak nafsu mereka yang sedang kufur dengan nikmati kuasa yang ada di tangan mereka. Pihak yang berkuasa dengan sesedap hati sahaja mencemuh mereka yang berfikir. Mereka tidak sedar yang sesiapa yang mempunyai kemampuan berfikir sudah menganggap UMNO sebagai parti parasit dari sebuah parti perjuangan untuk bangsa dan rakyat negara amnya. Setiap rakyat ada hak untuk menentukan sikap dan perjuangan mereka.

Pucuk pimpinan tetap dengan sikap tidak sensitifnya dan segala perkara yang diragui rakyat tetap di lakukan oleh kerajaan pada hari ini. Mengambil kesempatan di atas kebaikan rakyat selama ini tidak dapat dihentikan oleh pimpinan hari ini. Transaksi MAS dan Air Asia contohnya berlaku dihadapan mata kepala rakyat yang melambangkan betapa tidak kisahnya pucuk pimpinan sehinggakan manipulasi korporat berlaku tanpa malu dan segan dan sesiapa yang memahami isu ini tidak akan dapat mengampunkan pihak yang melakukannya.

Budaya menenggekkan GLC yang wujudnya di atas matlamat memegang kepenting bagi pihak rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu yang dibiarkan sahaja oleh pucuk pimpinan kita. Arahan kerajaan kepada semua GLC untuk menarik balik segala pertuduhan terhadap Tajuddin Ramli merupakan kemuncak kepada ketidak jujuran pihak yang berkuasa.

Jika perkara ini terus juga berlaku ianya memberi makna yang kerajaan yang berjanji untuk mentadbir negara secara transparen adalah satu lagi janji kosong dan ianya membuktikan kepada kita pimpinan kita sudah tidak boleh diyakini samasekali. Segala-gala yang dilakukan tidak menunjukkan sedikit pun nilai amanah seperti yang dijuarai oleh Najib selama ini. Kata-kata yang manis itu sekadar untuk menyedapkan telinga mendengarnya sementara kita sedar yang itu hanyalah menanam tebu di tepi bibir sahaja.

Kalau diselidik dan di kaji serta dibuat penilaian serius, segalanya ini tidak akan ada kesudahannya. Rakyat dan hartanya akan tetap dimanupulasi terus terusan. Hanya membesarakan mereka sahaja yang boleh memberhentikan penyelewengan politik dan ekonomi negara ini.

Kesabaran rakyat sudah tidak terbendung lagi. Segala hijab dan hidayah sudah tertutup rapat. Tidak mungkin lagi kita akan berada di dalam kehidupan bermakna di dalam negara yang amat kita cintai ini. UMNO sudah tidak lagi sebagai parti yang membangunkan bangsanya tetapi hanya tinggal sebagai parti yang hanya memberi masalah bukan sahaja kepada orang Melayu, UMNO dan ahlinya sendiri tetapi kepada bangsa lain dan negara secara keseluruhannya. Segala-gala sudah musnah.

Untuk mengubahnya kita perlu berubah.


http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011_08_14_archive.html

Zulkifli Nordin Akui Air Mani Anwar Ibrahim Telah ........






Teman juga mahu bertanya, mengapa Anwar tidak mahu panggil teman sebagai saksi? Teman bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke Mahkamah memberi keterangan. Dan bila dipanggil nanti, teman akan beritahu Mahkamah perkara berikut:

1. bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Saiful telah membuat lapuran polis yang dia diliwat Anwar. Apa rupa dia masa tu? Ramai yang tahu tu yop. Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat lapuran polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28.06.2008 itu, masih segar dalam ingatan teman;

2. Teman juga akan ceritakan apa berlaku dalam bilik hotel Quality Inn, Shah Alam malam 28.06.2008 itu selepas Saiful membuat lapuran polis itu. Bagaimana keadaan Anwar masa itu? Apa Wan Azizah buat malam tu?

3. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah apa yang dibincangkan malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu tu dan apa peranan YB Wee Choo Keong pada malam itu?

4. Teman juga akan menceritakan kepada Mahkamah bagaimana timbul kisah Anwar nak lari ke Turki, kemudiannya ditukar ke Kedutaan Turki, kemudiannya ditukar ke rumah Duta Besar Turki. Kenapa Anwar nak lari?

5. Teman juga nak beri keterangan bagaimana timbul cerita Anwar hendak ditembak mati oleh penempak 'sniper' upahan. Siapa yang mencadangkan kisah itu? Dan apa sebab cerita itu didedahkan?

6. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah bagaimana Anwar menceritakan kemungkinan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful, dan kemungkinan ada airmani lain bersama. Ya yop, Anwar awal-awal dah ceritakan yang kononnya polis akan bawa keterangan akan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful. Macam mana Anwar tahu? Kenapa Anwar ceritakan begitu? Apa tujuan dia ceritakan?

Eh yop, banyak yang teman boleh ceritakan yop. Dan semua itu relevan dengan kes liwat terhadap Saiful. Tunggulah bila Anwar & Karpal sapina teman, dan saksi-saksi lain yang teman sebut diatas. Tak sabar teman nak Mahkamah yop. Dah lama teman nunggu nak bagi keterangan ni, tapi dema tak panggil pun!!! Teman cabar Anwar & Karpal supaya panggil teman dan rakan-rakan lain diatas sebagai saksi dalam perbicaraan dia meliwat Saiful!!!




Artikel Penuh Cabaran Zulkifli Nordin KLIK DISINI


PGA Championship 2011 - Atlanta Brave


Keegan Bradley won the PGA Championship after staging an amazing comeback to force a three-hole playoff and beat Jason Dufner at Atlanta Athletic Club.
Bradley trailed by five strokes after making a triple bogey on the 15th hole and Jason Dufner appeared to have the title wrapped up, but Bradley rallied and Dufner collapsed.
The leader put his tee shot in the water at 15, setting up the first of three straight bogeys. Bradley made birdies at 16 and 17, going to the final hole suddenly tied for the lead.
Both players made par on the 72nd hole, but Bradley won the three-hole playoff by a single stroke. He tapped in for par at the 18th hole and lifted the Wanamaker Trophy.

“I can’t believe it,” Bradley said. “
In the playoff, Bradley made a 4-foot birdie at the 16th hole to gain the upper hand. Dufner nearly holed out from the fairway with his approach, then missed a 6-foot birdie try.
Bradley was in command when Dufner three-putted the 17th for a bogey, going to the final hole with a two-stroke edge. Dufner rolled in a 20-footer for birdie but it didn’t matter. Bradley two-putted from 18 feet for the win, tapping into the final hole from about a foot away.
The players were tied at 8-under 272 at the end of regulation.
“A lot of experience to be gained from that,” a dejected Dufner said.
The 25-year-old Bradley, the nephew of LPGA Hall of Fame member Pat Bradley, won the PGA in his very first appearance at a major championship. Dufner was denied his first tour win.
Going to the playoff, the U.S. was assured of breaking its longest drought the modern era, having gone six straight majors without winning since Phil Mickelson captured the 2010 Masters.
Anders Hansen of Denmark closed with a 4-under 66, but finished one stroke out of the playoff at 273. Robert Karlsson of Sweden, David Toms and Scott Verplank tied for fourth at 275.

Sunday, 14 August 2011

Chong Wei tewas lagi kepada Lin Dan


14 Ogos 2011 LONDON : Datuk Lee Chong Wei kempunan untuk menjuarai kali pertama Kejohanan Badminton Dunia buat selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan 22-20, 14-21, 21-23 pada final di Arena Wembley, sebentar tadi.

Kedua-dua musuh ketat itu mempamerkan permainan mantap dengan Chong Wei menang set pertama tetapi Lin Dan menyamakan set untuk mengheret permainan penentuan ke 'rubber set'.
Set ketiga atau penentuan agak tegang dengan kedua-dua pemain saling merapatkan kedudukan mata.



Saya berasa sudah sampai masanya Datuk Lee Chong Wei memilih untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang besar sahaja. Beliau sudah berumur 29 tahun, saya kira tahun depan adalah tahun terakhir beliau mampu untuk bertanding secara kompetitif.

Pilih beberapa kejuaraan besar dan target Olimpik tahun hadapan. Itu sahaja. Saya rasa ranking no 1 dunia tidak lah penting sangat berbanding menjuarai kejohanan-kejohanan besar.

Semoga berjaya Datuk LCW.


DI BAKAR OLEH MAT EZAM

DIBAKAR MAT EZAM

















EZAM : I DIDN'T MEAN BURN LITERALLY - mkini

In tweets sent out today, the former opposition-turned-Umno-activist said there is no way to burn news publications in cyberspace, and claimed that what he meant was to “burn” Malaysiakini and The Malaysian Insider as they have “burned” the hearts of Muslims over the issue of apostasy.

“MK/MI portal news dialam siber.mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat,” (MK/MI (Malaysiakini/Malaysian Insider) are cyber news portals. No threat to burn (any) reporters/building.

The remarks) were only symbolic of the anger towards them for burning the hearts of the Muslim community),” tweeted the former aide to opposition leader Anwar Ibrahim.


Academia Melayu dianak tirikan di UM (Bhg 1)

Sejak kebelakangan ini isu tentang hak bumiputera atau orang Melayu sering diperbahaskan oleh pihak bukan bumiputera dan juga segelintir bumiputera mengenai isu biasiswa bagi pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Di peringkat pengajian tinggi pula, kita sibuk dengan sistem penarafan universiti antarabangsa. Kegilaan kita mengejar penarafan universiti menyebabkan banyak perkara yang telah dilaksanakan telah menjejaskan kepentingan dan survival bangsa Melayu itu sendiri. Paling penting ialah mengorbankan kuota nisbah 55:45 untuk kakitanagan akademik di Universiti Malaya. 

Ini dapat dilihat dengan penekanan yang bersungguh-sungguh terhadap penerbitan dalam Journal ISI antarabangsa berimpak tinggi sehingga menjejaskan fakulti-fakulti beraliran sastera, terutamanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Akademi Pengajian Islam, Akademi Pengajian Melayu dan Pusat Kebudayaan yang rata-rata penerbitannya dalam Bahasa Melayu. Sudah tentulah isu-isu mengenai orang Melayu dan Islam tidak akan mendapat tempat untuk diterbitkan di dalam jurnal-jurnal ISI antarabangsa yang berimpak tinggi.


Kerajaan sentiasa menyuarakan supaya memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris tetapi apa yang dilakukan oleh pihak Universiti Malaya ialah meminggirkan Bahasa Melayu dan mengagungkan Bahasa Inggeris. 

Sekarang ini hampir semua kursus di universiti pada peringkat Ijazah Sarjana Muda diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar asing untuk datang belajar di Malaysia. Kita dapat lihat pada hari ini bahawa pelajar asing yang datang belajar ke Malaysia bukanlah dari negara-negara yang maju dan sebahagiannya tidak mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang. Apa yang turut menyedihkan, Universiti Malaya turut mengambil kakitangan akademik berbangsa asing yang tidak begitu menonjol kepakarannya demi untuk memenuhi criteria penarafan universiti antarabangsa. Ini menyebabkan ramai kakitangan akademik bumiputera berhijrah ke universiti lain.


Survival kakitangan akademik berbangsa Melayu di Universiti Malaya mula terhakis apabila polisi universiti yang begitu memberi tumpuan penuh kepada penerbitan journal antarabangsa ISI berimpak tinggi dan kriteria-kriteria lain untuk tujuan penarafan universiti telah menjejaskan pengambilan pensyarah Melayu terutamanya di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Akademi Pengajian Melayu (APM), Akademi Pengajian Islam (API), Pusat Kebudayaan (PK), Pusat Sukan (PS), Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEP), Fakulti Perakaunan dan Perniagaan (FPP) dan tidak terkecuali Fakulti Sains (FS), Fakulti Sains Komputer dan teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Pergigian (FD), Fakulti Kejuruteraan (FK), dan Fakulti Alam Bina (FAB).


Isu-isu yang berkaitan dengan survival pensyarah Melayu untuk kenaikan pangkat dan menyambung perkhidmatan serta pelajar-pelajar Melayu:
  1. Mengikut garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kakitangan akademik di bawah skim SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) yang telah Berjaya mendapat ijazah doctor falsafah (PhD) perlu diletakkan kepada tahap DS51. Malangnya di Universiti Malaya mereka hanya diberikan Gred DS45 kerana halangan penerbitan Jurnal ISI berimpak tinggi. Ini secara terang-terangan menafikan garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi. Apa yang menyedihkan, kebanyakan kakitangan akademik ini adalah berbangsa Melayu.
  2. Ramai kakitangan akademik berbangsa Melayu telah gagal dalam proses kenaikan pangkat dari Profesor Madya ke Profesor, pensyarah kanan ke Profesor Madya, dan pensyarah ke pensyarah kanan kerana tidak memenuhi syarat ISI.
  3. Pengesahan jawatan pensyarah juga perlu ada penerbitan di dalam jurnal ISI yang memakan masa yang lama untuk diterbitkan.
  4. Pihak Universiti Malaya telah memperkenalkan program “Bright Spark” untuk menambahkan bilangan pensyarah yang terbaik dengan memberikan biasiswa kepada pelajar yang mendapat CGPA 3.7 ke atas. Program ini diperkenalkan satu tahun yang lalu dan kalau dilihat dari senarai konvokesyen Universiti Malaya 2009 kita dapati lebih ramai pelajar bukan bumiputera mengisi program Bright Spark. Maka nisbah pensyarah bumiputera dan bukan bumiputera akan menjadi tidak seimbang. Kita perlu melihat sejarah dalam tahun 1970an di mana kakitangan akademik terdiri dari bukan bumiputera adalah lebih ramai dari bumiputera. Untuk mengatasi masalah ini program Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) telah diwujudkan. Akhirnya dalam tahun 1990an Universiti Malaya telah berjaya mengimbangi bilangan kakitangan akademik bumiputera dan bukan bumiputera. Kemudian pada tahun 2007, Universiti Malaya telah memberi ruang kepada bukan bumiputera dengan mewujudkan SLAI (Skim Latihan Akademik IPTA) dan sekarang pihak pengurusan universiti menambah pula program Bright Spark – yang terang lagi bersuluh memberi satu lagi pintu kepada golongan bukan bumiputera. Yang menariknya, mereka tidak meminta tetapi pengurusan universiti yang memberi. Dimanakah kesudahannya?
  5. Sila ambil perhatian bahawa biasiswa Bright Spark juga diberi kepada warga asing, yang mana mereka ini tidak akan berkhidmat di Universiti Malaya setelah menamatkan pengajian. Oleh yang demikian penganugerahan biasiswa kepada warga asing ini tidak memanfaatkan Universiti Malaya dan negara untuk jangka masa yang panjang.

BlackBerry Bold 9900 Video Walkthrough

My First 24hrs With My BlackBerry Bold 9900


The new BlackBerry Bold 9900 and Bold 9300 smartphones will run on BlackBerry OS 7


RIM's BlackBerry Bold line is set for a major upgrade with the imminent arrival of the BlackBerry Bold 9900 and 9930 Smartphones. Combining the familiar full QWERTY keypad with a new "Liquid Graphics" touch screen, the 9900 and 9300 will run on the new BlackBerry 7 OS and pack 720p HD video, built-in NFC (Near Field Communications) technology, a 1.2 GHz processor and the thinnest BlackBerry form factor yet – 10.5 mm (0.41-inches).
On the hardware side, the new Bold's get a 1.2 GHz Processor, 768 MB RAM, 8 GB on-board memory (plus microSD slot supporting up to 32 GB cards), a 5 megapixel camera and 720p video recording. There's also a built-in accelerometer and a compass (magnetometer) for location-based services and augmented reality overlays like the Wikitude browser, and support for high speed 4G/HSPA+ networks.
The 2.8-inch Liquid Graphics capacitive touch screen display has a 640x480, 287 ppi resolution (the iPhone 4 has 326 ppi by way of comparison) and offers "up to 60 frames-per-second performance with instant UI action/response" according to RIM.
The key specs:

  • 115 x 66 x 10.5 mm, approximately 130 g
  • 2.8" capacitive touch screen display – VGA (640x480), 287 dpi resolution
  • Ultra-easy QWERTY keyboard, optical trackpad
  • 1.2 GHz Processor, 768 MB RAM
  • 8 GB on-board memory, plus microSD slot supporting up to 32 GB cards
  • NFC technology
  • 5.0 MP camera, supports 720p HD video recording
  • Orientation Sensor (Accelerometer), Digital Compass (Magnetometer), Proximity Sensor
  • Built-in GPS / aGPS
  • Dual-Band Wi-Fi® - 802.11 b/g/n at 2.4 GHz and 802.11 a/n at 5 GHz
  • Bluetooth® 2.1+EDR support
  • Wireless Network support: 9900: Tri-Band HSPA+, Quad-Band GSM/EDGE, 9930: Dual-Band CDMA/EV-DO Rev. A, Dual-Band HSPA+, Quad-Band GSM/EDGE
  • 1230 mAh removable, rechargeable battery





I first off want to say, even though I am a huge RIM fan, I was having my doubts. I now own an iPhone 4 and have had 2 Android devices in my possession within the last 5 months. All of them competing for my dedication, and each wanting to become my primary device, replacing my tried and true 9700. Then I got the call from my local Bell World (I have become friends with one of the sales guys) that the 9900s are now in the store, and locked in his managers office.2 days later, they were able to sell them, a very sneaky and stealth release, as a Bell CSR told me on the phone that the official launch is August 16th. I went down yesterday and picked one up, and immediately I was impressed. It feels slick , well engineered, the keyboard is very big and spacious. It beats my old favorite keyboard of the 8900. The screen is very bright, and detailed, and the over all aesthetics of the device are best to date on any BlackBerry I have held or seen.

One thing I was worried about, was the integration of the touch screen in to the normal navigation and use of the device, and let me say it is very intuitive and comes natural. I find myself using it more and more, and my trackpad being ignored. I am still not accustomed to using it for pictures or viewing web pages, but I am sure it will come. I will say it is very nice to be able to flick scroll through the navigation panes on the homescreen; and it is very fluid, with no lag.

The device is solid, and very fast. I barely see the hourglass (I have only seen it while service books were rolling in, and while I was installing/uninstalling apps), the big keyboard is superb, a little clickity, but it will break in. And over all I would say one of the only downsides would be the lack of auto focus on the camera, but its a phone, I carry a camera for pictures.
I am still awaiting for app support for applications such as SocialScope, and other apps that work, show up as unsupported in AppWorld so it a s hunting game right now looking for latest updated OTAs and finding out if they work correctly.

Overall I am impressed, I wont say it is a home-run that will save RIM, but it is a huge step in the right direction, using the 1.2Ghz processor makes the device so fast, and I honestly had to get used to scrolling because there was no lag what so ever. One thing I will say though, is that this device will remain my primary, and the others will get dusty on my shelf.


Note: Please note that I did not include more screenshots because it is very very similar to OS6, but upon request will show more.