Sunday, 14 August 2011

Chong Wei tewas lagi kepada Lin Dan


14 Ogos 2011 LONDON : Datuk Lee Chong Wei kempunan untuk menjuarai kali pertama Kejohanan Badminton Dunia buat selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan 22-20, 14-21, 21-23 pada final di Arena Wembley, sebentar tadi.

Kedua-dua musuh ketat itu mempamerkan permainan mantap dengan Chong Wei menang set pertama tetapi Lin Dan menyamakan set untuk mengheret permainan penentuan ke 'rubber set'.
Set ketiga atau penentuan agak tegang dengan kedua-dua pemain saling merapatkan kedudukan mata.



Saya berasa sudah sampai masanya Datuk Lee Chong Wei memilih untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang besar sahaja. Beliau sudah berumur 29 tahun, saya kira tahun depan adalah tahun terakhir beliau mampu untuk bertanding secara kompetitif.

Pilih beberapa kejuaraan besar dan target Olimpik tahun hadapan. Itu sahaja. Saya rasa ranking no 1 dunia tidak lah penting sangat berbanding menjuarai kejohanan-kejohanan besar.

Semoga berjaya Datuk LCW.


No comments:

Post a Comment