1. Perbankan islam adalah satu sistem yang semakin berjaya di Malaysia. Banyak bank (baca sistem kapitalis, untung semata-mata) yang semakin galak dengan sistem ini. Kenapa? Adakah kerana mereka ingin memenuhi tuntuntan Islam? Saya fikir tidak.
2. Kita di kurniakan akal oleh tuhan untuk berfikir dan mencari yang terbaik.
3. Lihat contoh ini.....katakan saya meminjam dari bank RM 200,000.00 untuk 25 tahun. Jika sistem 'coventional' saya akan bayar balik sejumlah RM 386,700 dan jika sistem islamik pula sejumlah 463,200 (berdasarkan kadar pinjaman semasa).
4. Dengan lain kata, untuk rumah yang sama jenis dan saiz, Yap Ah Loy dan Mat Sudin bayar harga yang berlainan. Mat Sudin RUGI RM 76,500.
5. Ini satu hal. Ini antara sebab utama kenapa banyak bank menawarkan perbankan islam. Atas nama islam kita diperbodohkan.
6. RM 76,500 adalah satu bentuk kerugian yang dialami oleh seorang peminjam. JIka kita jual rumah ini, katakan harga pasaran 500,000.00 selepas ditolak bayaran bank, Mat Sudin dapat RM 36,800 dan Yap Ah Loy pula dapat RM 113,300. Fikirkan..!
7. Katakan kita ada 1 juta peminjam untuk perumahan sahaja. Jumlah kerugian yang di tanggung oleh umat islam di Malaysia sahaja secara kolektifnya ialah 76,500,000,000.00 iaitu 76.5 billion.
8. Inilah sebabnya sistem perbankan islam sangat berjaya. Kita dirompak dengan kerelaan kita, dengan sistem yang kita cipta sendiri.
No comments:
Post a Comment