Monday, 5 December 2011

Adakah Peranti Android Anda Mempunyai Aplikasi Carrier IQ Ataupun Tidak??

#Tips : Ketahui Adakah Peranti Android Anda Mempunyai Aplikasi Carrier IQ Ataupun Tidak:

Carrier IQ telah menjadi salah satu perdebatan hangat sepanjang minggu ini. Bagi yang tidak mengetahui mengenai Carrier IQ, ia merupakan salah satu aplikasi yang terdapat pada telefon mudah-alih, membolehkan pelbagai data diketahui sekaligus melanggar privasi seseorang pengguna.


Carrier IQ dilaporkan terdapat pada lebih daripada 100 juta peranti mudah-alih seluruh dunia, yang mana membolehkan pelbagai aktiviti anda pada peranti mudah-alih direkodkan dan diketahui pihak ketiga, termasuk panggilan telefon anda, SMS anda, lokasi, aplikasi dan sebagainya, yang mana data-data tersebut kemudiannya di hantar kepada penyedia telekomunikasi anda.


Walaubagaimanapun ia masih tidak diketahui samada adakah penyedia telekomunikasi tempatan menggunakannya ataupun tidak. Antara pembangun peranti yang telah mengeluarkan kenyataan mengenainya adalah temasuk Apple mengatakan mereka tidak menyokong Carrier IQ bermula iOS5, Microsoft mengatakan Windows Phone bebas Carrier IQ, dan Google turut mengatakan perkara sama.


Namun begitu, untuk memastikan peranti Android anda bebas daripada Carrier IQ, anda boleh mengujinya dengan mudah melalui aplikasi Carrier IQ Detector daripada Lookout Labs, membolehkan anda mengetaui peranti anda terdapatnya ataupun tidak dengan mudah.

No comments:

Post a Comment