Tuesday, 20 September 2011

Terdapat Lebih 6.5 Juta Pengguna Facebook Hanya Di Kuala Lumpur

Semua mungkin sedia maklum yang mana Malaysia mempunyai lebih daripada 11.5 juta pengguna Facebook, yang mana meletakkannya di tempat ke-17 dari senarai negara-negara dengan angka pengguna yang tinggi.

Dan menariknya, melalui statistik baru yang dikeluarkan berdasarkan bandar, ianya meletakkan Kuala Lumpur di tangga yang ke-8 berbanding bandar-bandar lain diseluruh dunia.



Melalui apa yang diperlihatkan, ianya menunjukkan, di Kuala Lumpur sahaja, terdapatnya lebih daripada 6.5 juta pengguna Facebook, salah satu angka yang amat tinggi sekali. Ia sekaligus meletakkan Kuala Lumpur di tangga ketiga negara-negara Asia Tenggara (dan Asia) dengan pengguna paling ramai, iaitu hanya dibelakang Jakarta, Indonesia dan juga Bangkok, Thailand.

Berkemungkinan, dengan kadar penembusan Internet yang paling tinggi di Kuala Lumpur, mungkin kita tidak akan dapat melihat perkembangan yang drastik dari angka pengguna Facebook sekitar Kuala Lumpur, sebaliknya mungkin bandar-bandar lain akan berkembang, dan mungkin kita akan melihat perkembangan angka pengguna Facebook, melangkaui angka 12 juta pada penghujung tahun ini.

Hebat juga warga Kuala Lumpur ni...

No comments:

Post a Comment