Pengerusi Kumpulan FELDA Tan Sri Mohd. Isa Abd Samad menegaskan bahawa ‘Transformasi’ yang dibawa oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak adalah “Proses perjalanan untuk bergerak kehadapan dan tambah nilai”. Beliau berucap kepada 600 orang pemimpin gagasan FELDA diseluruh Pahang di Kuantan pagi ini.
“Dasar PM Najib amat jelas. Kerajaan akan bergerak keluar dari terlibat secara langsung dalam perniagaan. Perniagaan perlu diuruskan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini”, jelas beliau mengenai peranan Kerajaan “PM Najib mahu Kerajaan menjadi fasilitator dalam ekonomi berasaskan keusahawanan”.
Isa menjelaskan bahawa penyeneraian IPO FELDA Global Ventured Holdings bukan sahaja akan menambah nilai peneroka (melalui Koperasi Permodalan FELDA), malah akan meningkat pegangan dalam perniagaan peningkat antarabangsa.
“Dulu asalkan kita peneroka. Sekarang kita pemilik ladang. Lepas ini kita pemegang saham perniagaan peringkat antarabangsa. Inilah yang dinamakan ‘Transformasi’ “.
Beliau menjelaskan urus tadbir korporat dan produktiviti akan ditingkatkan, agar asset asset yang disuntik dalam syarikat tersenarai itu akan ditambah nilai. Pegangan peneroka FELDA melalui KPF merupakan yang paling besar dalam FELDA Global Ventures Holdings selepas penyenaraian IPO.
“Pembangkang pun tahu proses penyenarian itu baik. Mereka sebenarnya tak da isu. FELDA sebagai agensi Kerajaan masih lagi meneruskan pembangunan. FGVH akan meneruskan semua aktiviti perniagaan”, menjelaskan kedudukan beliau sebagai Pengerusi KPF hanyalah sementara, sebagai sebahagian dari proses ‘tukar milik’ (share swap) antara KPF dan FELDA Holdings Bhd dalam FELDA Global Ventures Holdings. “Cukup masa esok, saya berundurlah”.
“Ini semua untuk faedah Tuan Tuan. PM Najib mahu melakukan apa yang lebih baik untuk Tuan Tuan, berbanding dengan usaha Kerajaan selama ini. Ini yang dinamakan ‘Transformasi’. Makin lama, ianya makin baik”.
“Negara mesti kita utamakan”, pesanan Isa bagi penjelasan Kumpulan FELDA kini membantu mengembangkan ekonomi dan memberi peluang mereka yang tidak sebahagian gagasan FELDA untuk meningkat kedudukan ekonomi melalui penyenarian FGVH. “Mereka pun boleh kongsi hasil keuntungan ini (melalui pembelian FGVH) selepas diapungkan”.
“Apabila syarikat antarabangsa yang mempunyai jaringan global bersama dengan kita, hasil hiliran FELDA akan lebih besar pasaran. Minyak sawit FELDA akan jadi pelbagai barangan dan menjadi produk taraf global”.
“Selepas penyenaraian MSM, kita dah ada pengalaman. Semua ni telus (menurut proses urus tadbir korporat yang ketat). Baik untuk FELDA, baik untuk peneroka, baik untuk negara”, menegaskan bahawa penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings yang dijangka seawal Mac depan adalah gerak-kerja korporat yang amat positif dan progressif.
Untuk soalan apa yang akan berlaku dalam proses penyenaraian ini, “Kita kena ada keyakinan (pasaran). Kita tentukan proses ini akan uruskan seluruh kerja penyeneraian ini dengan baik. Itu sebab kita lantik bank pelabur dalam dan luar negara. Apabila nilai pasarannya meningkat, makna urus ytadbir korporat kita baiklah. Kita dapat keyakinan pelabur”.
Isa juga menjelaskan bahwa FELDA menyediakan peluang untuk warga FELDA generasi kedua untuk memiliki rumah.
Bagi menjawab soalan pajakan tanah, beliau menjelaskan bahawa perjanjian akan dilakukan dengan persetujuan penuh Kerajaan Negeri. “Tanah itu tidak akan hilang. Itu tanah kita. Kita hanya memajak sahaja. Peneroka akan menerima hasil dari keuntungan pegangan saham dalam FGVH”.
Isa sebagai Pengerusi FELDA juga menjelaskan bahawa FELDA sebagai agensi Kerajaan akan terus menerima sumbangan kewangan dari hasil keuntungan FELDA Global Ventures Holdings “Apa yang Tuan Tuan dapat sekarang ni, akan diteruskan. Tidak akan ada yang kurang. Apa nikmat yang kita dapat, sedikit sebanyak kita akan pulangankan kepada peneroka. Tuan Tuan jangan risau”.
“Kita turun beri penjelasan seperti ini kerana terlalu banyak sangat andaian. Majoriti peneroka menerima penjelasan kita dan menolaka semua andaian dan khabar angin ini” dalam penjelasan terperinci mengenai kommuniti FELDA, “Generasi Kedua ini sebahagian dari tanggung jawab FELDA. Kita ada program untuk mereka. Ini sebahagian dari fokus PM Najib. Setakat ini 1,850 anak FELDA yang beralamat dalam FELDA dapat masuk kedalam IPTA. Yang tak dapat IPTA, kita bagi kemahiran berjumlah 3,000 lebih. Yang penting, Generasi Kedua FELDA (mempunyai sikap) untuk belajar dan dilatih. Banyak peluang ada”.
Untuk soalan pengagihan saham FELDA Global Ventures Holdings semasa penyenaraian IPO “Saham untuk awam akan diuruskan oleh MITI. Warga peneroka memegang saham melalui koperasi (KPF). Kita belum tentu berapa nilai harga masa akan disenaraikan esok. Sehingga habis keseluruhan proses dan dinilai oleh bank pelabur, baru kita tahu nilai saham untuk diapungkan itu”.
“‘Durian Runtuh’ itu terserah kepada PM Najib. Sampai masa, beliau akan umumkan”.
“Kita beri penerangan dan penjelasan untuk semua faham dasar kerajaan dan hasrat PM Najib untuk masyarakat FELDA”. Untuk soalan dividen KPF selepas pengapungan saham FELDA Global Ventures Holdings, Isa menjawab “InsyaAllah, kita akan pertahankan apa yang dapat selama ini. Kita mahukan keuntungan terus pada kadar baik. Peneroka akan mendapat kebaikan apabila asset ditambah nilai”.
No comments:
Post a Comment