Sunday 16 October 2011

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 13 Oktober

Sepanjang minggu lepas, seperti sedia maklum, berita lebih tertumpu kepada Apple, dimana mereka telah pun melancarkan peranti generasi baru mereka, iPhone 4S, selain turut dikejutkan dengan kematian Steve Jobs. Pada masa yang sama, antara carian terhangat lain yang turut mendapat perhatian pengguna melalui Google Malaysia termasuklah berita mengenai belanjawan 2012 dan beberapa perkara menarik yang lain.
Berikut merupakan carian terhangat yang dilakukan di Google Malaysia sepanjang daripada 7 Oktober sehingga 13 Oktober yang lepas;

iPhone 4S

Apple telah pun melancarkan peranti generasi baru yang dinantikan ramai iaitu iPhone 4S yang mana akan dimulakan jualannya di luar negara bermula pada bulan ini. Ia disasarkan yang mana iPhone 4S akan tiba di Malaysia sekitar November atau Disember kelak.


Steve Jobs / Apple Store


Steve Jobs

Salah satu perkara yang turut mendapat perhatian ramai adalah kematian salah seorang pengasas Apple, yang mana juga merupakan bekas CEO Apple, iaitu Steve Jobs. Beliau meninggal dunia pada usia 56 tahun pada 5 Oktober yang lepas. Kematian beliau turut sama telah mendapat perhatian penyokong Apple seluruh dunia, dimana Apple Store di seluruh dunia telah menyediakan ruangan khas untuk mereka menyampaikan ucapan takziah kepada kematian Steve Jobs.

Budget 2012 Malaysia


Pada hari Jumaat yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, iaitu Najib Razak telah pun membentangkan Belanjawan 2012 di parlimen yang mana mendapat reaksi berbeza daripada semua pihak, dan diperkatakan secara meluas yang mana ianya merupakan belanjawan mesra pilihanraya.

Amanda Knox


Amanda Knox dibebaskan apabila namanya dibersihkan daripada penglibatan didalam kes pembunuhan pelajar British bernama Meredith Kercher di Itali pada tahun 2007 yang lepas.

Engadget


Blog berbahasa Inggeris yang menumpukan kepada berita-berita teknologi ini turut mendapat perhatian ramai dan merupakan salah satu carian popular pada minggu lepas, dimana ia telah menjadi salah satu sumber utama untuk berita berkenaan iPhone 4S.

Gerakan Anti PKR


Gerakan anti-pembangkan kini turut mempunyai sebuah blog khas yang mana meliputi pelbagai berita-berita semasa dari segi politik dan isu-isu semasa.

PMR 2011
Pelajar tingkatan 3 telah pun mula menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada minggu lepas, dimana antara carian popular berkaitan dengannya melibatkan jadual peperiksaan dan sebagainya.

Nabil Kahwin


Pelakon dan pelawak popular, Nabil Raja Lawak telah pun mengahwini Nazira Ayub di i-City, Shah Alam pada minggu lepas.

Neelofa


Pelakon baru, Neelofa telah pun mengupah dua orang pengawal peribadi setelah beliau diugut oleh salah seorang lelaki misteri, meminta wang daripadanya.

Jadual SPM 2011


Para pelajar tingkatan 5 nampaknya telah mula bersedia untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal bermula pada 14 November dan berakhir pada 14 Disember kelak.

No comments:

Post a Comment