Monday, 13 February 2012

Berhenti Tengah Sedap

Semalam kita dikejutkan dengan berita kematian 'Queen of Pop' Whitney Houston pada umur 48 tahun. 

Sedih membaca cerita mengenai kehidupan beliau dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol. 

Kenapa? 

Apa punca?

Masalah rumahtangga?

Mungkin juga..kerana masalah rumahtangga beliau dengan bekas suaminya memang hangat. Tapi rasa saya ianya lebih kepada masalah 'kehilangan' populariti...

Susah rasanya apabila kita berada di 'puncak' pada usia muda dan pada ketika umur masuk ke 40an kita kehilangan populariti itu..Tiada lagi lagu top, tiada lagi konset besar-besar, tiada lagi sambutan 'mega star' dan lain-lainnya.

Duit bukan masalah kerana dizaman kegemilangan beliau telah menjadi kaya raya hingga 7 keturunan makan tak habis.

Akibatnya...timbul penyakit "kemurungan"...terpaksa dirawat dengan pil2 dan lain-lain..
Begitu juga apa yang terjadi terhadap 'King of Pop' MJ satu ketika dulu..sama jer

Manusia susah nak terima yang mereka sudah melepasi masa 'puncak'..
Payah nak "berhenti ketika sedap" seperti yang pernah dikatakan oleh Tun Mahathir dulu..

No comments:

Post a Comment