Friday 25 May 2012

Video debat Rafizi vs Khairy mengenai isu PTPTN anjuran Sinar

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pimpinan anak muda kerana berani berdebat secara live secara baik tanpa emosi yang terlampau. Begitu juga dengan penonton dan penyokong kedua-kedua pihak yang juga masih boleh mengawal emosi masing-masing.

Inilah budaya politik yang didambakan oleh generasi muda di Malaysia, wacana politik ilmiah dan perdebatan secara terbuka dan sihat bagi membuka minda rakyat dan bukannya hanya mendengar sebelah pihak.

Inilah budaya politik yang kita mahukan bukannya budaya senaman tungging punggung. Demo bawa kepala lembu berdarah dan demo isu perkauman dan agama yang terlampau ini wajib ditolak.

Kepada yang tidak sempat menonton semalam...selamat menonton..









Sidang media :

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru

Hari ini adalah Hari Guru. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru terutama kepada guru-guru atau mantan guru yang telah mengajar saya dulu. Jasa guru-guru tidak dapat dibalas dan akan dikenang hingga keahkir hayat.

Dalam keluarga kami juga tidak kurang ramai yang menjadi guru. Isteri saya juga guru, begitu juga dengan adik beradik ipar seramai 5 orang yang bertugas sebagi guru.

Hari ini juga saya ke KLIA menjemput isteri dan anak yang baru pulang dari menegrjakan umrah. Syukur kerana selamat mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna. Balik dengan batuk-batuk tu biasa la...