Monday 16 January 2012

PROTON..peluang terakhir





Akhirnya..DRB-HICOM, kumpulan yang membawa masuk VW dan model-model lain akan mengambilalih PROTON..syarikat kereta nasional…Saham DRB-HICOM dan PROTON telah digantung pagi ini dan dijangkakan akan ada pengumuman mengenai pengambilalihan ini hari ini..

Kemungkinan Daripada Buang Kes Liwat,

DARIPADA fasa kalau – kalau Anwar bersalah, kalau Anwar tidak bersalah – kita masuk ke fasa kemungkinan kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 9 Jan lalu, tidak menyabitkan tuduhan liwat ke atas beliau.

Jelas daripada keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang pihak Pendakwa Raya (aka Peguam Negara Abdul Gani Patail) gagal membuktikan di luar keraguan yang Anwar telah melakukan perbuatan liwat ke atas Saiful Bukhrari Azlan.

Antara kemungkinan yang terlintas di fikiran saya termasuklah:-

1. Pendakwa Raya mungkin (atau mungkin tidak) membuat rayuan terhadap kes itu;

2. “Perbicaraan” terhadap Anwar mungkin tidak berakhir dengan keputusan 9 Jan. Walaupun beliau menang perbicaraan dalam mahkamah undang-undang, beliau pasti akan terus dibicarakan di mahkamah pendapat umum (the court of public opinion);

3. Beberapa hari sebelum penghakiman 9 Jan, parti beliau sendiri, PKR, telah berusaha keras mengembleng “the court of public opinion” sebagai persediaan kalau-kalau beliau disabitkan kesalahan liwat;

4. Sebaik saja beliau dibebaskan daripada tuduhan itu, PKR dan penyokong beliau yang lain segara menggerakkan pendapat umum bagi menaikkan kewibawaan mahkamah dengan memuji kebebasan kehakiman. Dengan menaikkan kewibawaan kehakiman, mereka berharap menaikkan kewibawaan Anwar hasil keputusan itu;

5. Kerajaan tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan akur kepada keputusan itu sambil mencari apa jua perbatuan politik yang ada dengan mengatakan bahawa kehakiman adalah bebas dan Kerajaan tidak campur tangan. Lagipun, tidak ada siapa yang boleh Kerajaan salahkan selain dirinya sendiri kerana itulah standard pendakwaan yang ada kepadanya;

6. Kalau PKR, Pakatan Rakyat dan penyokong Anwar yang lain pintar dan pantas menggunakan “the court of public opinion”, saya rasa penentang-penentang beliau juga akan menggunakan pentas yang sama untuk terus membicarakan beliau;

7. PR mungkin bertambah kuat, tetapi ada kemungkinan yang pengundi, khasnya Melayu, akan bertambah takut terhadap kemungkinan status quo agama, bangsa, bahasa, budaya dan ekonomi diubah dengan drastik jika PR menang PRU nanti;

8. Harus diakui iaitu wujud perbezaan antara simpati dengan Anwar dan percaya kepada beliau. Mungkin ramai bersimpati dengan Anwar, tetapi tidak semua percaya kepada beliau;

9. Bukan Anwar dan PR sahaja akan dibicarakan di mahkamah pendapat umum tetapi juga Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, Barisan Nasional dan Kerajaan;

10. Realiti penting. Kedudukan ekonomi, inflasi, kadar jenayah, gula-gula pilihan raya, penghapusan PPSMI, penarik-balikkan novel Interlok kerana protes orang Hindu, bandar dan kampung yang semakin kotor, kepala lembu di kuil, kepala babi di masjid, gereja dibakar, transformasi dan reformasi semuanya akan memberi kesan kepada pertimbangan pengundi; dan

11. Yang akan menjadikan PRU nanti sensasi dan kontroversi adalah isu-isu peribadi, daripada liwat kepada khalwat, nepotisme anak isteri dan dinasti, rasuah dan penyelewengan, lembu, kerbau, permata dan rumah di kayangan.

Wallahualam.


A. Kadir Jasin

How Jeans Are Made

Momotaro Jeans - Sewing


The latest wave in jean fashion calls for a highly labour intensiveproduct, dipped in layer upon layer of toxic chemicals.

Monday 2 January 2012

NUR AMALINA SPM 17A1

Tidak mahu membuat sebarang spekulasi terhadap foto-foto yang diterima melalui email ini. 

Masih ingat tak dengan pelajar cemerlang SPM ini-namanya Nur Amalina Che Bakri.


Apa yang diboleh katakan : pelajar cemerlang yang mengegarkan negara ini sewaktu kita dulu dengan kecemerlangannya dalam keputusan SPM 2004 telah berubah sangat sekarang ini...!





Pelajar Contoh Satu Ketika Dulu


Enjoying life??


Dah jadi model ker?


With boyfie..